Thursday, June 18, 2009

WEWUA 2009 @ A Famosa & Happy Birthday !!!


Assalamualaikum w.b.t kepada semua....

Wokayh, dah lama banget blog ni tak update, nasib baik blog ni ada lagi kat sini, nasib baik dia tak lari majuk ke... okay.... seperti yg kita semua maklum, ari tu dah diadakan WEWUA 2009 (Weekend With Uncle & Aunties) di A Famosa Resort Melaka pada 12, 13, 14 Jun 2009 dan ini adalah beberapa klip video dan gambar yg sempart dirakamkan ketika berada disana....

Antara acara utama yg sempat dianjurkan adalah Sukaneka dan Joget senamrobik Poco-Poco (siap ada pertandingan joget Poco-poco lagi)

Memang best, sapa tak gi, rugi......:)

Akhir kata, saya mewakili kesemua pihak ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada SEMUA yang telah menyumbang kepada WEWUA 2009 ini, baik dari segi bantuan kewangan, masa, tenaga dan juga penyertaan para hadirin / hadirat sekalian. Tanpa sumbangan anda semua, WEWUA ini takkan mungkin terlaksana. TERIMA KASIH sekali lagi... Tepuk tangan untuk diri kita semua !!!! Pok Pok Pok <-- bunyi tepuk tangan :)

Tak lupa juga dikesempatan ini diucapkan Happy Birthday kepada semua yg birthday dia jatuh pada bulan Jun nih iaitu
- Nda Pah
- Nda Ngah
- Nda Lang
- Ami Hamid
- Ami Khalid
- Abg Chik
- Mariam
and last sekali Adri !!!!
(kalo ada yg terlepas, harap maaf, nanti leh includekan sekali dilain masa)

Kepada mereka semua didoakan moga dipanjangkan umur, murah rezeki, berjaya hidup dunia dan akhirat, menjadi orang yg soleh & solehah dan tercapai apa yg dihajati. Amin
(Tak sangka ramai yg birthday bulan ni yerk...)

So.. enjoy all the pictures & vids. Do leave your comments below....

Videos :
1)
http://www.youtube.com/user/tampinku

2) http://www.youtube.com/watch?v=ZbLZmd8An5M (Part 1)

Pictures :
1)
http://tinyurl.com/mvjxbn (Flickr Slideshow)
Bila nanti nak click Flickr SlideShow ni, jgn lupa click "Show info" kat ruang atas kanan Flickr tu untuk tunjuk info pasal gambar dan jugak komen/kutukan yg berkaitan.... wakakaka....

2) http://tinyurl.com/my7kxo (Facebook Edo)

3) http://tinyurl.com/mxb6h2 (Facebook Kak Ein)
Buat masa ni, hanya link diatas tu jer, InsyaAllah, kalo ada lagi tambahan, akan diupdate dari semasa ke semasa, so para pengunjung yg dihormati, kena selalu masuk blog utk lihat pics dan vids tambahan yg akan ditambah...so kalo ada sesapa lagi yg ada lagi link untuk gambar atau video yg telah diuploadkan ke Internet, adalah amat bebesar hati kiranya dapat sharekan link tu kat situ untuk tontonan sedara semua. Sekian Terima Kasih...

P.S: Sesapa yg ada link atau apa isi2 nak tambah , tapi dah lupa password utk update blog, leh mintak dengan cousin2 yg terdekat & we will be more than happy to give it to you.... so jgn segan2... just ask.

P.P.S: Please, harap semua uncles & aunties, cousins, brothers, sisters, nephews, nieces, cucus memahami kerana video dan gambar yg ditunjukkan ni is NOT COMPLETE. Ni hanya sekadar teaser / trailer (cam movie je bila sebut trailer nih), so segala kesilapan dari segi photoshoot dan video recording adalah tidak disengajakan.... (especially video yg bergegar-gegar), so mohon ampun dan silap jika ada pic / video yg tak berapa elok kesan dia.
Anyways, our official cameraman yg dihormati, iaitu Syed Kechik akan provide video dan picture yg high quality kepada kita semua dalam masa terdekat nih, so harap bersabar.... apa2 nanti leh tanya direct kepada dia, okay? Sementara tu, enjoy the vids / pics....

P.P.P.S : Untuk sapa yg tanak dengar radio kat blog nih, boleh click je button stop untuk memberhentikan radio tu...

P.P.P.P.S : Perasan tak yg katun awek dgn kucing kat bawah kanan tu tgh joget Poco-poco? wakakaka....


Acara terjun pelbagai aksi....

posted by Mr.Joey

Monday, February 2, 2009

Happy biRthday!!

hEy all..how r u doing?Anyway I would like to wish happy 14th birthday to Faiqah.ahah..Faiq yg jatuh pada 1 Feb and Khaliq pada 9 Feb.anD belatEd to those in jAnuary (including me)..May u have a wonderful year this year..

(posTed by Syaida)

Sunday, February 1, 2009

wedding pictures

salam..

sorry for the long wait..

ok..nk tgk wedding pictures..
boleh masuk sini..

http://azurerin.fotopages.com

tapi nk masuk kena letak username n password...
boleh request from me tru email..
azure_rin[at]yahoo.com

Thursday, January 1, 2009

Macamana nak buat posting kat blog

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua,
Ok, memandangkan ada permintaan "hot fm" daripada saudara2 semua untuk macamana nak buat posting kat blog, maka kat sini, saya sertakan tutorial ringkas macamana nak buat posting. Eventhough nampak macam panjang, but please bear with me.... dia sebenarnya tak panjang... sebab nak explain tu yang nampak macam panjang. Once you get the hang of it, its just second nature. Pojam mato pun boleh... :)

okay ni steps dia
1. mula2 gi tampinku.blogspot.com (macam biaso lah)

2. Pas tu, click kat "Sign in" kat sebelah atas kanan blog tu




3. Sign in dengan username dan password yag telah diberikan tempohari. Kalau ada sesapa cousin2, pakcik2, makcik yang terlupa, please leave a comment here or shout kat chatbox sebelah kanan to request your password & admin will email or sms it to you.

Note: kalau skrin sign in box tu tak kuar, kita just boleh terus pergi ke www.blogger.com dan sign in / login dari situ jer.






4. Bila dah sign in, nanti dia akan kuar skrin macam kat bawah ni. Click New Post untuk membuat posting baru



5.Nanti dia akan kuar skrin lebih kurang macam kat bawah ni....




6. So tulislah title post yang korang nak post dan jugak isi dia... ala... macam tulis email le... senang jer...




7. Kalau ada nak add gambar, click button add image (seperti yg di circlekan dalam arrow)



8.Nanti akan kuar pop up window yang akan tanya kat mana folder kita simpan image tu, so kita pilih ler folder yang kita simpan imej tu (biasanya dalam komputer ler) . So caranya, kita click "Browse"


9. nanti akan kuar satu lagi pop up window yang akan browse folder2 dalam pc kita, so kita pilh le mana gambar yang berkenan..... dah pilih gamabr yang sesuai, ambik "Open"




10. nanti dia akan kuar macam kat bawah ni pulak. Kalau kita just nak add hanya satu image sahaja, kita terus je tekan butang "UPLOAD IMAGE". TETAPI....
kalau kita nak add lagi gambar, kita kena click "Add another image". Kalo rasa nak add lagi, click je "Add another image" lagi sampai ler kita dah tanak add lagi dah. Ada masa nanti dia akan sampai limit dia (maknanya dah takleh nak add gambar lagi) tapi takpe, just add je gambar setakat mana yang boleh dan tekan butang "UPLOAD IMAGE" tu dulu, LEPAS DAH UPLOAD tu, kalau rasa nak tambah lagi, baru buat balik steps ni SEKALI LAGI.


11.So katakanlah kita nak add lagi gambar tambahan, skrin seperti dibawah akan kuar sekali lagi (kalau kita decide nak add gambar lagi).



12. So seperti biasa, kita browse folder dimana gambar yg kita nak add tu disimpan. Macam dalam contoh ni, gambar disimpan didalam folder C:\tampinku. Seperti biasa, bila dah jumpa gambar yang kita nak, kita select gambar tu dan click "Open"




13. Nanti dia akan kuar balik skrin mcm kat bawah ni. So kalau rasa nak add lagi gambar, add jelah..... sampai puas.... :) dah habis add semua tu, barulah click "UPLOAD IMAGE"

14. Nanti akan nampak satu window yang menberitahu kita bahawa image sedang diuploadkan ke blogger, macam kat bawah nih. So tunggulah kejap sementara dia menguploadkan gambar tadi semua



15. nanti tak lama pas tu pulak, akan kuar plak satu window baru yang mengatakan gambar semua dah add. So, just click je "DONE"


16. Bila kita dah click DONE, nanti kita akan perasan bahawa gambar2 yang kita add tadi semua dah ada dalam posting kita.... nanti dia akan kuar macam ni lebih kurang. Kita boleh "preview" dulu posting kita (click je "Preview" kat ruang atas kanan) untuk just nak tengok macamana dia punya end result sebelum kita actually publish kita punya posting. (Lebih kurang macam bila kita nak print guna MS-WORD, kan kita boleh print preview kan? so, blog ni pun boleh preview jugak, cuma bukan print preview ler... :)


17. nanti preview dia akan kuar lebih kurang macam ni.


18. So kalau kita rasa kita puas ati, kita click je button "PUBLISH POST" dan kita punya posting akan dipostkan untuk tatapan para pembaca blog. Kalau rasa ada nak edit, nak ubah2 ckit lagi, click "Hide Preview" dan kita boleh edit balik mana yang kita rasa tak puas ati


19. Kalau kita edit balik, maknanya kita click "Hide Preview", maka dia akan kuar balik skrin macam ni, so edit lah balik dengan secukup rasa


20. Eventually, bila kita dah abis edit semua, dah tambah gambar semua, bila dah rasa puas ati, click "PUBLISH POST", dan nanti dia akan kuar skrin macam ni yang mengatakan bahawa blog post kita telah selamat dipublishkan. So kat sini,kita ada banyak choices, samada kita nak
a. Tengok blog kita dalam window yang sama (maknanya tanak bukak window baru), maka kita click "View Blog". (pergi ke step 21)
ATAUPUN
b."Tengok blog kita dalam window yang BARU(maknanya ada additional window yg akan bukak untuk tunjuk blog kita), maka kita click "(in a new window)"(pergi ke step 21)
ATAUPUN
c. Kalo rasa macam tak puas ati, rasa macam... "eh, ada rasa nak edit lagi ler, tertinggal ayat lagi ke, gambar ke", maka kita click "Edit post". Nanti dia akan kembali ke skrin memula tadi dimana kita boleh edit balik apa2 yang kita nak edit.
ATAUPUN
d. Dah semangat pulak rasa nak buat post yang BARU, maka click "Create a new post"



21. So ni assuming kita nak tengok post yang kita baru buat tadi, so inilah hasilnya (ni contoh jer)

22. Tengok2, bila kita tengok post kita, kita rasa macam ada nak edit lagi, so kita click "Customize" (kat belah atas kanan) utnuk mengedit
23. Click "Posting"


24. Click "Edit Post".


25. Nanti dia akan kuar senarai semua posting kat blog tu daripada tarikh mula2 blog tu dicipta, hinggalah post yang terkini. So kita boleh edit mana2 blog posting yang kita rasa kita nak edit. Dah jumpa blog post yang kita nak edit, maka kita click Edit kat sebelah kiri tajuk blog post yang kita nak edit tu. so dalam kes ni, nak edit blog post yang bertajuk"Tulis TITLE posting kat sini"

26. So nanti akan kuar balik screen mcm masa kita mula2 tulis posting tadi, so macam biasalah, tambah le apa nak tambah lagi, gunakan scroll bar kat belah kanan tu kalau nak scroll sampai ke bawah dan edit semua. So, bila dah habis edit semua, click "PUBLISH POST". kan sonang yo...


Kalau rasa nak try practice EDITING, boleh try je edit posting yang ada gambar kucing ni.... posting gambar kucing ni is just below this tutorial.... selamat mencubo...

Kalau ada apa2 persoalan, ada yang masih tak faham lagi ke, boleh :
1) emailkan ke tampinku@gmail.com
2) tanya je kat ruangan komen blog ni
3) shout out kat chat box sebelah kanan ni

Now, there's no more reason untuk tak tahu nak buat posting sebab ni dah ada tutorial dia. :)
Ok... selamat membuat posting....

Tulis TITLE posting kat sini



Tulis ISI posting kat sini.... okay ni contoh je tau.... apa khabar semua... harap semua sihat


edit dan tambah lagi to your hearts content...

SELAMAT TAHUN BARU 2009 & AWAL MUHARRAM 1430 HIJRAH



Assalamualaikum w.b.t
Ya, selamat menyambut tahun baru 2009 dan tahun baru 1430 Hijrah. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita akan lebih bersemangat lagi untuk mencapai cita2 masing2 dan mengambil iktibar daripada segala kesilapan yg pernah kita lakukan. So... Selamat Tahun Baru.... :)

P.S: Apa azam tahun baru anda?
P.P.S: Nanti bila ada kelapangan nanti akan ada satu tutorial khas untuk mcmana nak buat posting kat blog... so tunggu ya...

Wednesday, November 19, 2008

Alia dapat 5A dalam UPSR !!!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua,
Buat pengetahuan semua, Alia (anak Kak Num) dapat 5A dalam keputusan UPSR yang telah diumumkan baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada Alia !!! Yeaaaa!!!!
Semoga Alia dapat masuk sekolah yang elok untuk form 1 nanti & sentiasa cemerlang lagi dimasa-masa yang akan datang.

P.S: Alia kalo nak hadiah datang jumpa Pak Chu. :)

Posted by Mr. Joey (Pak Chu)